MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perjuangan belia dipolitikkan

BATANG KALI, 16 Mei 2012 – Tindakan Kerajaan Negeri mempolitikkan sambutan Hari Belia Negara, peringkat negeri ini yang diadakan semalam amat dikesali.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Datuk Razali Ibrahim, tindakan kerajaan pakatan pembangkang itu mengenakan sewa untuk menggunakan padang awam bagi sambutan itu jelas memperlihatkan mereka mempolitikkan semua perkara tanpa mengira kepentingan rakyat.

“Mereka sanggup mengenakan sewa RM2,000 kepada pertubuhan belia untuk menggunakan padang awam ini.

“Jumlah itu bukan persoalan utama tetapi tindakan mereka mengenakan sewa membuktikan mereka sanggup mempolitikkan semua perkara untuk kepentingan mereka,” katanya kepada media selepas menyempurnakan program tersebut.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Makhruzi Ikhsan, Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Faizal Abdullah dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanthan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar, Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Ketua MCA Bahagian Hulu Selangor, Wong Koon Mun.

Razali berkata, walaupun terkejut dengan perkara itu beliau tetap bermurah hati membantu belia membayar sewa yang dikenakan menggunakan wang sendiri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya lantang melaungkan hak belia tetapi pada hakikatnya mengetepikan kepentingan generasi muda itu.

“Dari mulut mereka kita dengar belia sangat mustahak, tapi setelah diberitahu tapak ini terpaksa disewa jadi apa bukti belia mustahak.

“Kita tahu padang ini kepunyaan Kerajaan Negeri tapi mengapa sampai sanggup mengenakan sewa untuk belia beraktiviti jadi ini bukti belia tiada di hati mereka,” katanya.

Tambahnya, sudahlah padang awam tidak diselia dan tiada kelengkapan serta kemudahan asas, Kerajaan Negeri pula sanggup mengenakan sewa kepada belia.

Beliau turut mempersoal, di mana bukti memperjuangkan hak rakyat yang dilaungkan pakatan pembangkang selama ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »