SEPANG 26 Oktober – Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Peringkat Separuh Akhir Kedua Festival Tarian Tradisional Malaysia (Zapin) 2019 menyaksikan empat kumpulan Berjaya mara ke peringkat akhir pada 2 November 2019.
Pertama: Kumpulan Legasi Seni (RM1,500)
Kedua: Kumpulan D’Waris (RM1,000)
Ketiga: Kumpulan Nyala Dance (RM700)
Pilihan Juri: Kumpulan Dansa Fusion (RM500)
Terdahulu Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua belia yang bertanding kerana merekalah penerus legasi seni budaya tanah air.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Airports di atas kolaborasi ini dan berharap acara ini dapat diteruskan pada tahun akan datang”, tambah beliau.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Malaysia Airports, Cik Ida Rahayu Mohd Jamli dan ditemani Pengerusi Tetap MBM, YB. Mohd Syahbuddin Hashim.
Sebanyak 10 pasukan beraksi mempamerkan persembahan terbaik mereka. Hanya tiga pemenang akan beraksi di peringkat akhir pada 2 November nanti. Festival yang dikembalikan kepada konsep asal tarian Zapin ini disertai 300 belia dari 30 pasukan bertanding.
Hadir sama Ketua Penerangan MBM merangkap Penyelaras program, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim (Pengerusi Biro Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat) dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.