MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN TENTANG “MALAYSIA A MARITIME NATION WITH CONTINENTAL ROOT”

KUALA LUMPUR 17 Oktober – Sdri. Nurliana Muhammad, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan telah memenuhi jemputan Laksamana Pertama, Encik Anuar Mohamed, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut yang berminat mendapatkan pandangan dan penglibatan golongan muda dalam program keusahawanan disamping meningkatkan semangat patriotisme belia melalui ‘MARITIME NATION” bertempat di Seapower Centre (SPC).

Kami berkongsi elemen keusahawanan sosial serta usaha membangunkan belia luar bandar dalam konteks kesedaran belia dari segi ekonomi dan kecintaan kepada negara bersama TLDM.

Turut bersama, Kepten Fadhil Abdul Rahman TLDM, Pengarah Seapower Center TLDM , JK Khas Usahawan Belia dan Assoc. Prof. Lt. Cdr. (Hon) Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli , Universiti Sains Islam Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »