PUTRAJAYA 1 Julai – Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menghadiri perbincangan Program Muzakarah Zakat Kebangsaan anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Perbincangan ini disertai Profesor Dr. Azman Pengarah Program, Encik Suhail Mohamed Kamaruddin Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Timbalan Menteri KPWKM, Puan Khatijah wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan Puan Roza wakil Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
MBM turut mengesyorkan perbincangan khusus berkaitan kelompok khusus seperti belia OKU, mualaf dan gelandangan untuk dikupas melalui inisiatif ini.
Terima kasih kepada YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof, Timbalan Menteri KPWKM yang sudi meluangkan masa serta menerima input pandangan yang diutarakan khususnya berkaitan belia OKU.



