MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan Program e-sport untuk Belia OKU

KUALA LUMPUR 2 Julai – Satu sesi perbincangan program e-sport untuk Belia OKU telah diadakan secara dalam talian di antara Syarikat Techninier Sdn Bhd dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Selangor (MBS). Suatu program khusus e-sport OKU akan dilancarkan melalui kolaborasi bersama kedua-dua pihak.

MBM diwakili oleh Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden (Penaja) Majlis Belia OKU Malaysia, Sdr. Saranraj, Exco Majlis Belia Selangor dan Sdr. Zainul Ariffin, Felo NGO Majlis Belia Selangor.

Penglibatan Belia OKU dalam sukan e-sport dilihat antara potensi yang perlu diterokai untuk memperkasakan golongan Belia OKU.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »