KUALA LUMPUR 31 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Sdr. Ismail Mahayuddin berlangsung di Wisma MBM.
Pertemuan membincangkan mengenai perkembangan semasa MYHA, agenda belia serta perancangan Tahun Melawat Malaysia 2020. Hasil perbincangan hari ini, satu sidang meja bulat mengenai belia dan Tahun Melawat Malaysia 2020 akan diadakan pada 13 November 2019.
Turut sama dalam perbincangan ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.