PUTRAJAYA 18 Nov – Telah berlangsung sesi perbincangan perkembangan kerja belia profesional antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) yang berlangsung di Menara KBS.
Perbincangan kali ini banyak terfokus kepada aspek pengiktirafan pencapaian terdahulu (PPT) bagi memberikan pengtauliahan kerja belia profesional kepada aktivis belia berdasarkan pengalaman.
MBM dihadiri Presidennya, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Hanuff Harun dan wakil ADAB Youth Garage – AYG serta Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB).