DALAM TALIAN 8 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Antarabangsa dan SDG MBM telah mengadakan sesi perbincangan secara dalam talian berkenaan penglibatan anak muda dalam dasar luar dan diplomasi melalui penubuhan Youth Taskforce for International Affairs musim kedua bersama Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah.
Taskforce ini memberikan ruang kepada anak muda berpartisipasi memberikan idea kepada Wisma Putra berkenaan dasar luar dan diplomasi.
Turut sama Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha; Naib Presiden MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Jawatankuasa Tetap Antarabangsa dan SDG MBM, Sdr. Ahmad Izham.