MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan Penghasilan Coffee Table Book Tokoh Belia Malaysia

PUTRAJAYA 5 Julai – Perbincangan Penghasilan Coffee Table Book Tokoh Belia Malaysia telah diadakan melibatkan wakil dari Majlis Belia Malaysia (MBM), Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan IYRES KBS yang dipengerusikan oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, CEO IYRES.

Perbincangan ini berlangsung secara dalam talian dengan disertai oleh 10 wakil dari MBM, JBSN dan IYRES. Ahli-ahli yang terlibat di dalam perbincangan ini telah bersetuju untuk menghasilkan sebuah buku penghargaan kepada tokoh-tokoh belia yang telah menabur bakti terhadap pembangunan belia di Malaysia, penghasilan buku tersebut akan menggunakan peruntukan daripada JBSN.

Jangka waktu yang ditetapkan untuk menyelesaikan penghasilan buku ini adalah sebelum tahun 2021 berakhir.

Fokus akan diberikan kepada belia-belia yang pernah memenangi Anugerah Perdana Belia Negara dan mendapat Anugerah Tokoh Belia Negara untuk dimasukkan ke dalam buku ini, sekitar 20 orang tokoh sahaja yang akan dipilih untuk dimuatkan pengkisahannya di dalam buku yang bakal diterbitkan nanti. Tokoh tokoh belia selebihnya akan turut disenaraikan dalam buku istimewa ini.

Kesemua tokoh yang terpilih akan mewakili tokoh-tokoh belia sepanjang zaman (wakti kini dan sebelumnya). Mesyuarat susulan akan diadakan selepas ini bagi memuktamadkan senarai tokoh yang terpilih untuk dimuatkan di dalam buku ini dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan.

MBM diwakili Presiden MBM yang juga merupakan Ahli Lembaga IYRES, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil dan Sdr. Suhaimi Din, Felo Penyelidik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »