PUTRAJAYA 15 Julai – Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Raja Iskandar Raja Alias, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan OKU (JPOKU) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pertemuan ini menjurus kepada perbincangan pelaksanaan Karnival OKU 2020. MBM telah dijemput untuk untuk terlibat sama sebagai penganjur bagi segmen program Belia OKU.