MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan pelaksanaan Dialog serta Kursus Pengamal Kerja Belia

KUALA LUMPUR 17 Jun – Telah diadakan perbincangan secara rasmi kali ke-2 bersama pihak Kluster Modul Insan i-LEAD KBS yang dipengerusikan oleh Encik Ardy Putra bersama Sekretariat Koordinasi Kerja Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM. Perbincangan turut dihadiri oleh wakil-wakil i-Lead dari 5 Zon (Utara, Tengah, Pantai Timur, Selatan dan Sabah & Sarawak).

Perbincangan kali ini menjurus kepada strategi terkini kaedah pelaksanaan Dialog Kerja Belia (2 jam) serta Kursus Pengamal Kerja Belia (2 hari) akan dilaksanakan dan bagaimana pihak wakil 1MBM perlu memainkan peranan bersama wakil i-Lead mengikut Zon.

Kedua program ini akan dilaksanakan secara atas talian memandangkan keadaan tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pihak i-Lead bersama Sekretariat Koordinasi Kerja Belia MBM telah berdialog dan mencapai persefahaman yang jelas dalam gerak kerja perlaksanaan dan pengendalian. Program ini dijangka berlangsung bermula Julai sehingga Oktober ini bagi merancakkan agenda kerja belia profesional.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »