DALAM TALIAN 19 Jan – Telah berlangsung perbincangan pasca Sidang Kemuncak Belia SDG 2021 bersama Sekretariat APPGM-SDG tentang Agen SDG Belia 2022 dan penubuhan persatuan belia SDG.
Ianya bagi mempersiapkan belia untuk masa depan yang sangat mencabar dengan memahami SDG, melaksanakan projek dan advokasi SDG.
Hadir mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Sdr. Idzham Hakim Mat Rasid Setiausaha Biro Antarabangsa dan SDG MBM.