PUTRAJAYA 19 Jan – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Sesi Perbincangan NGO-NGO Islam bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim bertempat di pejabat YADIM di sini.
Mesyuarat membincangkan peranan NGO Islam dalam menjayakan konvensyen perpaduan yang dijadualkan pada Februari 2023 nanti.
Konvensyen menghimpunkan NGO-NGO Islam untuk menyampaikan input langsung kepada kepimpinan negara mengenai isu yang menyentuh kepentingan ummah dan negara termasuklah kluster ekonomi, pendidikan, sosial, anak muda dan perpaduan.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.