PUTRAJAYA 22 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Sdr. Theeageesh Ganesan, Pegawai Penyelidik Menteri Belia dan Sukan tentang agenda memperkasa belia India, mengadvokasi isu-isu belia India akar umbi, kajian isu-isu belia India dan juga memperkukuhkan empat pergerakan belia India di bawah MBM yang dikenali sebagai United Malaysian Indian Youth (UMIY):
1) Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
2) Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
3) Majlis Belia Hindu Malaysia
4) Persatuan Belia Sikh Malaysia
Diselaraskan oleh Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
Sejak awal mengambil alih kepimpinan MBM, pucuk pimpinan telah menekankan pentingnya belia India solid bersatu memperjuangkan isu-isu belia India, MBM telah menyediakan platformnya.