KUALA LUMPUR 21 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) KBSMalaysia bertempat di Wisma MBM.
Pegawai i-LEAD yang hadir ialah Encik Abd Rahman Hussin dan Encik Mazlan Mohamed.
Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun menyambut kehadiran mereka disusuli perbincangan dalam merangka mempersijilkan program i-LEAD di bawah Badan Akreditasi selaras Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 (Pembangunan Kurikulum dan Latihan yang Berkualiti dan Diiktiraf).