MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN MEJA BULAT: EKONOMI LUAR BANDAR

PUTRAJAYA 17 September – Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, Pengerusi Biro Pertanian dan Indutsri Asas Tani MBM bersama Sdri. Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, ekonomi dan Keusahawanan MBM telah hadir ke Perbincangan Meja Bulat: Ekonomi Luar Bandar yang dipengerusikan oleh Encik Abkari Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Penggalakan dan Pembudayaan Usahawan Kemenetrian Pembangunan Usahawan (MED).

Hasil perbincangan ini telah membawa kepada persetujuan mengadakan satu MOU antara MED dan MBM sebagai satu jalinan kerjasama berterusan yang mana MBM merupakan rakan strategik bagi program-program yang melibatkan golongan belia dan MBM Holdings diakreditasi sebagai salah satu syarikat ‘Social Enterprise’ yang diiktiraf oleh MED.

Dalam perbincangan ini juga, MBM menegaskan agar tidak menjadikan MBM sebagai alat kementerian dalam memenuhkan kuota peserta untuk mencapai KPI dalam program yang dijalankan di bawah MED. MED juga perlu membuka minda bahawa kebanyakan maklumat mereka tidak sampai kepada belia akar umbi dan MBM mencadangkan agar sesi perkongsian secara terus keusahawanan MBM bersama agensi-agensi keusahawanan dijalankan dan cadangan ini mendapat sokongan daripada MED.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »