KUALA LUMPUR 9 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia OKU Malaysia (Penaja) telah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Taylor Education Group.
MBM diketuai oleh Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden (Penaja) Majlis Belia OKU Malaysia manakala Taylor Educatiob Group diwakili Puan Nor Amalina Ismail, CSR Project Director Taylor Education Group.
Perbincangan mendalam terhadap kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak diadakan dalam aspek pembangunan belia, keusahawanan, pemerkasaan Belia OKU dan program kesukarelawanan. Pihak Taylor Community berhasrat memeterai Memorandum Persafahaman (MOU) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk menjalin kerjasama strategik yang lebih erat dan berimpak kepada setiap kumpulan sasar mereka.