MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan MBM KBS Mengenai Program Literasi Media

Zoom | 3 Februari 2021 – Telah berlangsung sesi perbincangan dan pembentangan Program Literasi Media Kreatif secara dalam talian yang dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan.

Dr. Zainah berharap platform ini dapat membuka ruang kepada keseluruhan kelompok belia mengetahui apa itu pertubuhan belia seterusnya menyertai pertubuhan belia. Di samping itu, program ini diharap dapat menyebarluas peluang-peluang dan inisiatif yang disediakan pihak kerajaan seperti Penjana, Skim Perantisan Nasional, Belia Niaga dan lain-lain.

Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Ketua Penerangannya, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah yang menerangkan skop pelaksanaan program.

Insha Allah,jika tiada halangan program ini akan dilaksanakan selepas PKP berakhir.

Program ini merupakan kesinambungan Persidangan Ketua-Ketua Penerangan Badan-Badan Gabungan MBM yang telah diadakan pada November 2020.

Mungkin imej 2 orang
Mungkin imej 1 orang dan skrin
Mungkin imej 1 orang dan skrin

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »