MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan MBM, EMCO, UMIY dan Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan mengenai isu Modul Hadis 40

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Ekoran isu pelaksanaan Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Nawawi di sekolah oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Malaysia’s Eight Major Chinese Youth-Based Organisations (EMCO) dan United Malaysian Indian Youth (UMIY) bertempat di Wisma MBM.

Pertemuan bagi memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas dari perspektif badan belia pelbagai kaum di bawah MBM.

Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Khairul Azman Azeez, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pendidikan, Cik Atiqah Syairah Shaharuddin dan Pegawai Tugas-Tugas Khas YBM, Dr. Radin Muhd Imaduddin

Hasil pertemuan ini, MBM menyambut baik hasrat KPM yang bertujuan memupuk kesederhanaan dalam kalangan generasi muda Islam.

Namun MBM beranggapan perlu ada penjelasan yang konkrit selain mekanisme pelaksanaan yang jelas untuk masyarakat bukan Islam agar tidak disalah faham.

MBM mengambil inisiatif ini bagi memberi gambaran jelas berhubung isu ini agar tidak dimanipulasi sesetengah pihak hingga membarah dalam masyarakat.

Turut sama Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »