MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN MBM BERSAMA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 28 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Datuk M Noor Azman Taib di Menara KBS.

Pertemuan ini membincangkan berkaitan isu-isu belia merangkumi perumahan dan keusahawanan dan pertubuhan belia merangkumi soal bantuan pentadbiran dan pelan kemandirian kewangan.

Datuk TKSU memberikan idea-idea dan respon yang baik bagi membantu belia dan pergerakan belia untuk terus releven di persada tanahair.

Pertemuan ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan turut serta Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. A’tiqah Syairah Shaharudin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »