MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan MBM bersama Pengerusi World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Southeast Asia

KUALA LUMPUR 21 Jan – Pertemuan dan perbincangan bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr Abang Abdullah Abang Ali, Chairman, World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Southeast Asia dalam beberapa rangka kerja berkaitan belia dan pembangunan insan.

Sdr. Jufitri Bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang merupakan Ahli Majlis Penasihat WAMY Malaysia berkesempatan menyertai perbincangan ini.

Secara khusus, perbincangan berkisar perihal digital dakwah, penyelidikan berkaitan perpaduan, keamanan dan kepimpinan. Prof. Dato’ Abang Abdullah adalah seorang tokoh yang berjasa dalam gerakan kemasyarakatan. MBM terus memainkan peranannya secara inklusif merangkul semua gerakan belia dalam dan antarabangsa untuk sama-sama bekerja membangunkan generasi muda yang berkualiti untuk masa depan cemerlang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »