MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan MBM bersama pengurusan AFFIN Group

KUALA LUMPUR 30 Julai – Telah berlangsung sesi perbincangan dan penyelarasan Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama pihak pengurusan AFFIN Group di Menara AFFIN @TRX, Jalan Tun Razak hari ini.

Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah membentangkan perjalanan program dan update terkini kepada wakil AFFIN Group.

Semua yang hadir turut dibawa melawat lokasi program. Perbincangan ini bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar.

Majlis tayangan ini akan berlangsung pada 10 Ogos 2024 nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »