PUTRAJAYA 30 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi perbincangan lanjutan kerjasama dengan Kelab Remaja Udara Malaysia – KRUM tentang perancangan dan kerjasama jangka panjang berkaitan mempromosikan sektor industri penerbangan, drone dan aero angkasa kepada belia dan remaja.
Mewakili MBM adalah Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim. Turut sama Dr. Zulhilmy Sahwee Pensyarah Kanan Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT).