MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan kerjasama MBM-McDonalds bagi perantis SLDN McDonalds

KUALA LUMPUR 27 Jun – Suatu perbincangan telah diadakan di antara Precious Gold Sdn Bhd (syarikat yang dilantik oleh Syarikat Operasi McDonald’s Malaysia iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) bagi mengurus dan menjalankan sesi temuduga bagi pengambilan kemasukan perantisan SLDN di Akademi Vokasional McDonald’s bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat MBM ini diketuai Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.

Program Perantis Vokasional McDonald’s mula diperkenalkan sejak tahun 2018 secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Program pendidikan selama 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan. menawarkan perantis pembelajaran teori (30%) & praktikal (70%) di Akademi McDonald’s dalam bidang Penyediaan dan Servis Makanan. Perantis akan mendapat elaun sehingga RM1,350.00 sebulan tidak termasuk bayaran kerja lebih masa. Selepas tamat latihan, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3. Turut dibincangkan projek rintis SLDN McDonalds kepada belia OKU yang bersesuaian.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »