MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan kerjasama internship dan kesukarelaan bersama kolej dari India

KUALA LUMPUR 15 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima tetamu dari Chennai, India iaitu Pengetua M.O.P Vaishnav College for Women, Dr. Lalitha Balakrishnan dan Pengetua Dwaraka Doss Goverdhan Doss Vaishav College, Dr. S. Santhosh Baboo bertempat di Wisma MBM.

Tetamu ini telah disambut oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Antara skop perbincangan adalah mengenai potensi kerjasama dari konteks pendidikan seperti program internship pelajar; program hos sukarelawan secara timbal balik dan lain-lain. Hadir sama Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Sdr. Danesh Basil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »