MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN JAWATANKUASA DRAF PINDAAN AKTA DBP

KUALA LUMPUR 26 Jun – Perbincangan awal Jawatankuasa Draf pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 (Semakan 1978, Pindaan dan Peluasan 1995) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Menara DBP.

Pertemuan ini bertujuan menghimpunkan badan bukan kerajaan yang berkepentingan langsung dan tidak langsung serta kumpulan yang menaruh perhatian terhadap kedudukan bahasa kebangsaan. Tujuannya untuk memberi lebih kuasa kepada DBP bukan sahaja ‘menggalakkan’, tetapi ‘mengenakan’ tindakan terhadap pihak yang ingkar terhadap pemakaian BM bagi maksud yang dijamin oleh undang-undang.

Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pemegang taruh belia yang penting di Malaysia turut menyertai perbincangan ini. Diwakili oleh Presiden, Sdr Jufitri Joha dan Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik, MBM memberikan input agar Jawatankuasa ini turut melibatkan anak muda yang mempunyai pengaruh hebat di media sosial. Penglibatan orang muda yang akan membentuk pandangan awam (mass opinion) terhadap proses advokasi berterusan. Turut dicadangkan perubahan teras program DBP agar tidak bersifat ‘old school’ untuk mendominasi pasaran yg lebih luas itu dikalangan anak muda, pengguna media sosial bagi mencipta mood BM yg muda, segar, bertenaga dan prestij.

Jawatankuasa telah bersetuju melantik Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 GAPENA sebagai pengerusi. Satu mesyuarat susulan akan diadakan khusus melibatkan pengamal undang-undang bagi mendapatkan nasihat bagi menjayakan agenda ini.

Turut bersama Sdr. Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »