KUALA LUMPUR 20 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) disertai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin telah memenuhi undangan makan malam bersama Encik Tang Tang, Ketua Media dan Komunikasi serta Pegawai Kedutaan Republik China di Malaysia.
Pertemuan turut membincangkan beberapa inisiatif dan kerjasama strategik untuk manfaat belia Malaysia-China. Beberapa program awal telah dipersetujui sebagai komitmen dalam kerjasama strategik. MBM merancang untuk memanfaatkan kepesatan serta kemajuan ekonomi dan teknologi Negara China kepada para belia Malaysia.