MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN GERAK KERJA PERGERAKAN BELIA BERSAMA PENDAFTAR PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (ROY) YANG BARU DAN YANG KE-5 ENCIK BADARI AWANG DAMIT

PUTRAJAYA 10 Jun – Dalam perbincangan yang berlangsung lebih satu jam, MBM mendengar agenda baharu Pendaftar sambil mengusulkan agar pihak ROY memudahkan urusan MyKD dan sistem cawangan bagi menggalakkan lebih ramai belia berminat menubuh dan menggerakkan persatuan belia untuk membina peribadi diri sekaligus menyumbang untuk Negara.

MBM diwakili Presiden, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun turut menyentuh isu had umur, kempen Jom Berpersatuan Belia, cadangan dialog bersama persatuan belia tunggal, menerbitkan buku mengurus persatuan belia dan jemputan untuk Pendaftar ROY berdialog dengan Ahli Dewan Tertinggi MBM.

Pendaftar ROY memberikan respon yang amat positif dan MBM amat berkeyakinan ROY dan MBM akan membina kerjasama yang rapat untuk memudahkan anak muda menggerakkan persatuan belia dan melonggarkan syarat syarat teknikal yang menyusahkan persatuan belia.

Semoga MBM, pergerakan belia dan persatuan belia akan terus releven.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »