Kuala Lumpur, 28 Mac 2016 – Jawatankuasa Badan Perwakilan Komite Nasional Pemuda Indonesia di Malaysia mengadakan kunjungan ke Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan untuk menjayakan program kerjasama Indonesia-Malaysia Youth Expo 2016 yang dicadangkan akan diadakan pada 20-27 Ogos 2016.
Program ini dilihat dapat dijadikan wadah silaturahi, meningkatkan solidariti dan kerjasama belia Indonesia-Malaysia serta memperkukuh hubungan yang harmoni antara Indonesia dan Malaysia.