MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERBINCANGAN BIRO PERINDUSTRIAN, EKONOMI & KEUSAHAWANAN MBM BERSAMA UNIT EKONOMI, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

PUTRAJAYA 25 Jun – Biro Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan MBM telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan bersama Unit Ekonomi, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Menara KBS bagi berkongsi maklum balas program-program keusahawanan yang telah dilaksanakan melalui biro ini. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Cik Azura Abidin, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

Usahawan-usahawan belia terpilih juga terlibat dengan beberapa program keusahawanan yang bakal dilaksanakan seperti Usahawan Belia Bestari (B-BES), Geran Reka Bentuk Pembungkusan produk dan Program Digital. Pertemuan ini diketuai Timbalan Pengerusi Biro, Sdri. Nurliana Mohamad.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »