KUALA LUMPUR 5 Jun – Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai perbincangan berkala bersama pelajar-pelajar Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar – PKPP UPM tentang kempen tandas bersih secara dalam talian.
Projek ini diilhamkan oleh MBM bagi mewujudkan kesedaran penjagaan tandas di peringkat nasional sekaligus melahirkan aktivis yang mengadvokasi isu ini secara berterusan. Projek tandas bersih telah diangkat untuk dijadikan projek mahasiswa oleh PKPPUPM pada setiap semester sebagai memenuhi kegiatan ko-kurikulum.