Dalam Talian | 21 Februari – Tujuan perbincangan ini diadakan bagi mendapatkan input awal bagi menyediakan kerangka asas bagi tujuan membangunkan Pelan Pemerkasaan Ekonomi Belia.
Sejajar dengan ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Perdana Menteri Malaysia melalui RMK-12, pelan ini dirangka bagi membantu memantapkan peranan anak muda dalam pembangunan negara , kapasiti dan keupayaan belia akan dipertingkat bagi melahirkan pekerja mahir.
Majlis Belia Malaysia melalui Saudari Nurliana , JK Perindustrian, Ekonomi & Keusahawanan MBM telah hadir dan berkongsi pandangan mengenai kepentingan big data ekosistem keusahawanan belia , platform belia kreatif menjana ekonomi dari dunia digital dan trend perniagaan terkini yang lebih relevan.

