KUALA LUMPUR 15 Julai – Telah berlangsung perbincangan kerjasama dan gerak kerja mengisi bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi dan Kepenggunaan dengan Kementerian Perpaduan Negara yang diketuai Menterinya, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Kerjasama yang dipersetujui berdasarkan menjayakan agenda perpaduan dan merakyatkan Rukunegara.
MBM diwakili oleh Presidennya Sdr. Jufitri Joha; Naib Presiden MBM, Sdr. Lim Swee Bok; Exco MBM Sdr. Ahmad Shah Mohamed Salleh dan Sdri. Ng Chor Eng.