BANGI 12 Ogos – Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Prof. Dato’ Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Pertemuan bersahaja ini membincangkan mengenai agenda KASA untuk memelihara ekosistem sungai sebagai nadi kehidupan (river of life).
KASA menawarkan kepada MBM dan NGO yang lain untuk membuat permohonan geran bagi menjayakan inisiatif ‘national river trail’ (denai sungai negara).
Program ini merupakan strategi kementerian bagi memastikan tanggungjawab sosial memelihara sungai didukung oleh NGO dan masyarakat setempat. Ianya jika dijayakan dengan berkesan akan menyumbang kepada potensi pelancongan setempat apabila para pelancong boleh menikmati denai sungai sambil merasai hawa segar semulajadi.