ALOR SETAR | 14 Januari 2020 – Sdr. Jufitri Joha Prresiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir merasmikan sidang Dun Belia Negeri Kedah. Dun Belia tersebut adalah Dun yang keempat ditubuhkan selepas Dun Negeri Sembilan, Perak dan Terangganu. Turut bersama dalam perasmian tersebut adalah Sdr. Hamdan Jamel Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah.
Antara perkara yang disampaikan adalah, Belia Malaysia perlu beruntung kerana mempunyai ruang yang sah seperti Parlimen Belia, Dun Belia, Majlis Perundingan Belia Negara, Negeri & Daerah, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia untuk diangkat idea dan suara anak muda. Selain itu, beliau juga meminta supaya Ahli Dun Belia menghadam Rukun Negara, Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sebagai asas kekuatan Negara.