PUTRAJAYA 5 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini telah menghadiri Perasmian Seminar Agrobelia Lestari Peluang Ekonomi Untuk Anak Muda bertempat di Menara KBS.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini bertujuan memberi peluang ekonomi yang meluas kepada belia terutamanya belia OKU, belia orang asli dan belia NEET.
Antara pengisian program ini ialah perkongsian ilmu pertanian, jualan agro Madani, kempen makan buah-buahan tempatan dan pameran agensi pertanian.
Hadir sama Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.