Zoom|5 – 7 Februari 2021 –
Majlis Belia Malaysia telah meneruskan Program Kemahiran Insaniah (PROKENS) yang merupakan Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja. Pada tahun ini MBM telah bekerjasama dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas – Tugas Khas). Turut serta Tuan Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Perasmian tersebut juga disertai oleh pimpinan MBM Sdr. Jufitri Joha, Presiden, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden dan Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Pengarah Program merangkap Exco MBM.
Seramai 60 orang peserta siri pertama telah menyertai program kali ini.Turut bersama dalam majlis perasmian pegawai daripada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan urusetia program. Program bermula 5 – 7 Februari 2021.
Hari pertama telah bermula dengan teknik penulisan cover letter dan resume berkesan, strategi mohon pekerjaan dan motivasi diri bersama Tuan Haziq Zakaria .
Selain itu, hari kedua diteruskan dengan sesi digital footprint, online platform marketing, tips and trick in business, upskilling and reskilling bersama Sdri. Nurul Huda, Naib Presiden MBM.
Pada hari ketiga, slot Mock interview bersama 10 panel yang hebat dalam industri dijemput bagi menemuduga peserta SIRI 1 PROKENS 2021. Pelbagai tips diberikan dari pelbagai perspektif dan mendapat respons yang positif dari panel jemputan berkenaan kesediaan peserta menghadapi sesi interview dan berakhir dengan sesi Literasi Kewangan dan Hak Pekerja bersama Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Pengarah Program PROKENS merangkap Exco MBM. Peserta telah didedahkan dengan keperluan semasa, cara menambah sumber pendapatan dan mensejahterakan kewangan.