PUTRAJAYA 15 April – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal telah menerima set Kit Cegah COVID-19 bertempat di Pejabat YB Timbalan Menteri. Kit ini seterusnya diagihkan kepada petugas-petugas di Kementerian Belia dan Sukan.
Misi Mobilisasi Bantuan Kit Cegah Covid-19 merupakan inisiatif Persatuan Belia Dinamik Barat dan Global Solution Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Relawan Majlis Belia Malaysia.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.