MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia *RESOLUSI

Serdang, 10 Jun – Pendidikan bukan sahaja amat penting dalam menyediakan masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan, malah pendidikan juga merupakan teras utama dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Tanpa pendidikan yang baik dan betul, masyarakat akan menterjemahkan perpaduan dengan fahaman sendiri.

IMG_4554
Presiden MBM ketika menyampaikan ucapan aluan

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah megadakan Persidangan Meja Bulat Belia Dan Perpaduan : Cabaran Pendidikan Dan Realiti Perpaduan bertempat di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Persidangan yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil badan gabungan MBM, wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tempatan, ahli jawatankuasa MKPN serta wakil-wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mewakili setiap kaum di Negara ini.

IMG_4557
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dalam ucapan aluannya mahu peserta yang hadir agar dapat berinteraksi secara terbuka dengan tiga ahli panel yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang pendidikan iaitu Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin Bin HJ.Md. Dom iaitu Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong sebagai Felo Penyelidik Utama, Kajian Etnik (KITA), UKM dan Saudara Mohamad Rizan Hassan, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM yang banyak medekati golongan lepasan sijil kemahiran. Objektif utama sidang meja bulat ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada peserta tentang kepentingan pendidikan dalam menyatukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

IMG_4629
Sdr. Hasnul Haniff Harun sebagai moderator persidangan

“Kesepaduan itu adalah keseragaman. Bermaksud perlu adanya keseragaman dari sudut penggunaan bahasa pengantar dalam pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah”, ujar Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong.

IMG_4728
Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Ahli Panel (kiri)
IMG_4676
Sdr. Mohammad rizan Hassan, Exco MBM
IMG_4716
Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin, Ahli Panel

Dalam persidangan ini juga Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin telah menyatakan bahawa lambakan sekolah antarabangsa yang tumbuh bagai cedawan pada masa kini sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada anak muda yang akan mencorakkan nilai kenegaraan dan kesepaduan negara pada masa hadapan.

Pengerusi Tetap MBM, Ybhg. Khairul Anwar El Syazalli Musa ketika menyampaikan ucapan penutup turut menegaskan bahawa perpaduan adalah tanggungjawab seluruh kaum tanpa mengira bangsa, fahaman politik dan kepercayaan agama.

IMG_4785
Pengerusi Tetap MBM, Ybhg. Khairul Anwar El Syazalli Musa

 

Berikut adalah resolusi dari perbincangan tersebut:

RESOLUSI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA DAN PERPADUAN :

Cabaran Pendidikan Dan Realiti Perpaduan

 Belia Malaysia dan peserta Persidangan Meja Bulat Belia dan Perpaduan: Cabaran Pendidikan dan Realiti Perpaduan yang bersidang di Bilik Seminar Al Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran bersama Jawatankuasa Belia dan Perpaduan, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju menerima, melaksana dan menggesa beberapa saranan dan resolusi untuk tindakan pihak kerajaan yang merangkumi tiga (3) bahagian iaitu Realiti Perpaduan; Transformasi Pendidikan; dan Inisiatif Belia. Saranan dan tindakan oleh golongan belia Malaysia kepada pihak kerajaan adalah seperti berikut :-

Realiti Perpaduan

 

  1. Menyedari bahawa setiap kaum memilih untuk berada selesa dalam kelompok atau persekitaran masing-masing. Disini jelas bahawa perpaduan perlu berlaku dengan rela hati semua yang terlibat melalui kaedah pendidikan berperingkat dan memupuk budaya perpaduan secara berterusan serta keterlibatan langsung yang minima tetapi berkesan dari pihak kerajaan dari sudut polisi mahupun penguatkuasaan undang-undang.
  2. Mengenal pasti serta menjalankan penelitian penyelidikan kepada soal interpretasi erti perpaduan dari dua segi, pertama ialah peluang pembangunan/tahap taraf kehidupan dan kedua ialah mendalami latarbelakang asal usul semula jadi yang melibatkan isu penerimaan pelbagai budaya dari pelbagai kaum & suku yang wujud.
  3. Perlu selari dengan mengejar suatu aspirasi atau matlamat yang ingin dikecapi secara bersama dan realiti konteks perkembangan semasa, sebagai contoh arus pemodenan globalisasi.

Transformasi Pendidikan

 Tadika/Pra-Persekolahan

  1. Kerajaan perlu melaksana akta perpaduan yang memberi penekanan menyeluruh, merangkumi percampuran pelbagai bangsa seawal usia di Taska / Tabika (pra sekolah).

 Sekolah Rendah & Menengah

  1. Memperkasa sekolah aliran kebangsaan sebagai aliran pilihan utama di samping Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
  2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah sebagaimana yang dilakukan di sekolah bertaraf antarabangsa atau sekolah vernakular selaku salah satu faktor utama dalam pilihan sekolah.
  3. Penerapan aspek nilai murni dan moral yang mewujudan pendekatan bersifat holistik, dan dimulakan dari pendidikan di peringkat keluarga.
  4. Menetapkan dasar yang berterusan/konsisten berdasarkan pelan yang tuntas tanpa mengira aspek pertukaran situasi politik melalui tema/polisi/dasar yang bertukar-tukar setiap kali pilihanraya.

 Institut Pengajian Tinggi (IPT)

  1. Subjek baru perlu kepada pengenalan kepada agama-agama di Malaysia melalui usaha mewujudkan subjek perpaduan kaum sebagai subjek wajib di IPT, baik swasta atau kerajaan.

Institut Kemahiran

  1. Menggesa agar diambil kira faktor kemahiran tidak dipisahkan daripada sistem pendidikan teknik dan profesional. Ketiadaan subjek khusus yang menyentuh berkaitan sosial, moral dan jatidiri dalam bidang kemahiran akan menyebabkan lebih banyak melahirkan pekerja industri tanpa memikirkan kepentingan sosial.
  2. Menyediakan fasiliti, infrastruktur, atau kemudahan yang lebih baik disamping memperkasakan belia remaja yang tercicir dan dipinggirkan.

Pendidikan Sepanjang Hayat “Institusi Masyarakat Madani”

  1. Menggesa masyarakat umum perlu dididik dengan realiti perpaduan masa kini melalui usaha kerajaan mewujudkan satu aktiviti yang wajib disertai oleh setiap ahli masyarakat tidak mengira umur, bangsa, agama dan pekerjaan.
  2. Penekanan kepada pendidikan pembangunan sahsiah dan rohani melalui pergerakkan aktiviti pelbagai agama.

Inovasi Kajian Perpaduan Negara

  1. Memperkenalkan Indeks Perpaduan Negara (IPN) yang dikoordinasi oleh institut yang berautoriti dan berkemampuan bagi mengukur secara empirikal tahap perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
  2. Institut yang disertai oleh wakil dari setiap kaum agar indeks perpaduan Negara (IPN) dikumpul secara menyeluruh dan telus.
  3. Perpaduan tidak dapat dipupuk melalui undang-undang memandangkan ia hanya dapat mengawal tingkahlaku maka perlunya kepada amalan ‘multibackground’ dengar hati yang terbuka melalui sikap “percaya” kepada satu sama lain.

Inisiatif Belia Ke Arah Perpaduan Nasional

  1. Kepentingan melakukan aktiviti bersama-sama merentas kaum seperti kesukanan, kesenian, bahasa/kesusasteraan dan kemanusiaan.

-Universiti Putra Malaysia (UPM), 10 JUN 2014

 

 

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »