MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penglibatan MBM dalam Bengkel Technical Working Group (TWG) IYRES5.0

BANGI 28 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat dalam Bengkel Technical Working Group (TWG) IYRES 5.0 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES KBS) di Hotel Tenera. Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Bengkel ini bertujuan untuk meneroka idea baharu bagi mencari solusi terhadap isu dan cabaran belia semasa. Matlamatnya mengumpulkan sebanyak mungkin dapatan bagi menyokong keperluan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) berkaitan agenda pembangunan belia Malaysia.

Peserta yang hadir melibatkan wakil semua kementerian, agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan belia.

MBM diwakili Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Mohd. Fauzi Fadzil dan Pegawai Sekretariat MBM, Puan Bibi Zaleha.

Wakil MBM telah membawa isu-isu berkenaan ekonomi dan politik yang melibatkan belia ke dalam perbincangan program ini. Antara isu lain yang dibangkitkan adalah Undi 18, Literasi Politik, kuota belia dalam pentadbiran dan suara belia dalam masyarakat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »