MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penghasilan Buku dokumentasi sejarah perjuangan tokoh belia sepanjang zaman

DALAM TALIAN 1 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Pusat Belia Antarabangsa dalam usaha menghasilkan sebuah buku yang mendokumentasikan sejarah perjuangan tokoh-tokoh kepimpinan belia sepanjang zaman di Malaysia.

Buku tersebut akan memuatkan 20 hingga 25 orang tokoh belia yang banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan belia.

Satu sesi temubual mendalam telah dilaksanakan pada hari ini dengan dipengerusikan oleh Mohd Fauzi Hj. Fadzil, Felo Penyelidik MBM bersama Puan Wan Salwati Hj. Abdullah di mana sesi ini berlangsung selama 1 jam 40 minit.

Puan Wan Salwati adalah mantan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, beliau merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan. Beliau juga mantan Naib Presiden MBM.

Sumbangan-sumbangan beliau telah direkodkan dalam temubual yang telah dilaksanakan, hasil data yang diperolehi tersebut akan digunakan untuk penghasilan buku tokoh belia nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »