PUTRAJAYA 1 Dis – Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga Presiden MAYC Kebangsaan, YB Mohd Syahbuddin Hashim telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu di pejabat YB Menteri baru-baru ini.
Pertemuan turut berbincang dan menyampaikan pandangan mengenai isu had umur belia dan program pembangunan belia.
YB Menteri turut memberi komitmen mengenai sesi dialog dengan pertubuhan belia negara tidak lama lagi.