Bangi | 14 Julai – Jawatankuasa Tetap Pendidikan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sekolah Politik 3.0 dengan Kerjasama Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU) dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) dengan kehadiran 60 orang peserta belia OKU di Dewan PLPP Bangi, Selangor.
Majlis Pra Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Timbalan Speaker Dun Melaka dan majlis dihadiri oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr.Khairul Azman Abdul Azeez, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM.
Turut hadir Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden MBOKU.
Program Sekolah Politik ini dianjurakan bagi memberi galakan,kefahaman dan pendidikan kepada belia OKU bagi menyahut seruan kerajaan dalam #undi18. Pendedahan ini juga bagi memastikan belia OKU juga turut terlibat dalam politik dan kepimpinan negara untuk masa akan datang.