MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penduduk orang asli terima sumbangan MyVOC

Gua Musang, 9 November 2015 – Musim tengkujuh akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Persediaan awal amat penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan kesan dari hujan yang akan menjejaskan penduduk di Pantai Timur khususnya masyarakat orang asli yang tinggal jauh di dalam pedalaman. Faktor geografi menjadi halangan kepada masyarakat orang asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika musim tengkujuh dan ini telah menarik perhatian Skuad 4×4 Bera Myvoc bersama Majlis Belia Daerah Bera serta beberapa NGO lain untuk menghantar bekalan awal kepada masyarakat orang asli di pedalaman Gua Musang Kelantan.

Misi bantuan kemanusiaan ini yang dilepaskan oleh YB. Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang  dilengkapi tujuh buah 4×4 yang disertai oleh sukarelawan, doktor serta pembantu membawa bekalan makanan serta ubat-ubatan  untuk masyarakat Pos Hau, Pos Balau, Pos Bihai dan Pos Belatin, jajahan Gua Musang Kelantan bagi persediaan  awal menghadapi musim banjir. Misi yang bermula pada 7 November ini berakhir pada 9 November 2015 setelah melalui laluan yang amat sukar. Walaupun mengalami masalah mekanikal, ianya tidak menghalang semangat sukarelawan MyVOC ini dari menghantar bekalan tersebut.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »