MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pendaftaran Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme Dan Solidariti Kemanusiaan Syria

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesateria Muda Keselamatan 1 KDN  akan menganjurkan Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme Dan Solidariti Kemanusiaan Syria sempena Kempen Belia Tolak  Ekstremisme pada 4 April 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Utama, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia jam 8.00 pagi.

poster-2 (1)

Antara objektif program adalah

  • Membincangkan gejala esktremisme di kalangan generasi muda dan kesannya kepada masa depan Negara.
  • Mendedahkan latar belakang sebenar pergerakan dan perjuangan negara haram IS.
  • Menghimpunkan belia, NGO dan seluruh lapisan masyarakat bagi menyatakan pendirian bersepadu dan bersama menolak ideology dan perjuangan IS.
  • Menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa Malaysia menolak IS.
  • Merangka pelan tindakan praktikal bagi menangani gejala ekstremisme dan IS serta mencadangkan peranan Malaysia bagi membawa keamanan dunia.

Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput saudara / saudari untuk bersama-sama dengan kami dalam program tersebut dengan mengisi borang secara dalam talian di bawah.

*Sarapan dan makan tengahari disediakan oleh penganjur.

ATURCARA
HIMPUNAN MENANGANI GEJALA EKSTREMISME DAN SOLIDARITI KEMANUSIAAN SYRIA
Masa Pengisian
8.00 Pagi Pendaftaran dan Sarapan Pagi (disediakan)
9.00 Pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.05 Pagi Ucapan Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Pengerusi Kesatria Muda Keselamatan
9.15 Pagi Ucaptama YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia
9.30 Pagi

Sesi Forum
Moderator : Sdr Jufitri Joha, Naib Presiden MBM
Ahli Panel : Polis Diraja Malaysia
Ahli Panel : Kementerian Dalam Negeri
Ahli Panel : Tokoh Agama
11.00 Pagi Sesi Soal-Jawab
12.00 tengahhari: Ucapan Penolakan Terhadap IS Oleh wakil-wakil NGO Pertubuhan Belia dan Oragnisasi Parti Politik
Moderator : Mohd Suhail Kamarudin
Tayangan Montaj

12.50 Petang Wakil organisasi menurunkan tandatangan deklarasi
1.05 Petang Penyerahan Deklarasi oleh Presiden MBM kepada YB Menteri DalamNegeri
1.10 Petang
1.15 Petang Ucapan penasihat KMK oleh Sdr. Khairul Azwan Bin Dato Harun
Ucapan Penggulungan Menteri Dalam Negeri  dan Gimik Pelancaran Tabung Kemanusiaan Syria

1.30 Petang Sidang Media
Solat Zohor/Makan tengah Hari/Bersurai

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »