Tahun 2020 akan melabuhkan tirainya, Majlis Belia Malaysia (MBM) percaya, tahun 2020 adalah tahun yang mencabar dalam mengharungi era norma baharu kesan daripada pendemik Covid-19, yang mana ia memberi kesan yang besar kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan belia.
Pelbagai Inisiatif telah dilaksanakan oleh MBM bagi membantu belia yang terkesan antaranya Program Kemahiran Insaniah (PROKENS) secara fizikal dan atas talian dengan penyertaan seramai 300 orang belia yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM.
MBM juga telah bekerjasama dengan The Carpedia dalam usaha membuka peluang jana pendapatan kepada golongan belia dalam sektor gig-ekonomi. The Carpedia menyediakan perkhidmatan sewaan kereta sekali gus dapat mengurangkan tanggungan bayaran ansuran bulanan kereta. Dalam masa yang sama, MBM juga bergiat aktif membantu belia dalam sektor keusahawanan dengan mengumpulkan 500 pengusaha hasil laut dan akuakultur. MBM turut berkerjasama dengan Extra Joss dalam mengumpul 150 usahawan. Tidak ketinggalan juga sektor sumber dan asas tani dimana MBM telah berjaya mengumpulkan 26 penternakan arnab.
MBM telah menggerakkan Program Belia Prihatin yang diselaraskan dibawah Relawan MBM dalam aktiviti kesukarelawanan sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Usaha yang telah digerakkan antaranya Mobilisasi Bantuan Covid- 19 yang melibatkan mahasiswa universiti di semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Pada Mei 2020, MBM telah mengagihan sejumlah 200 pek makanan berbuka puasa kepada barisan hadapan serta sumbangan pek makanan kering kepada masyarakat dan petugas barisan hadapan. Disamping itu, Program Apa Khabar Belia? juga diadakan diseluruh negeri bagi mengambil cakna mengenai keperluan belia akibat daripada Covid-19.
Dibawah Jawatankuasa Perpaduan dan Kepenggunaa, MBM telah berjaya menggerakan Program SkuadMEPS. SkuadMEPS merupakan sebuah bagi melahirkan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi yang celik kepada ilmu dan budaya kepenggunaan di Malaysia. Seramai 1000 mahasiswa dari seluruh negara telah dilatih dan menjadi ahli skuadMEPS. Selain itu, MBM juga telah menggerakkan agenda perpaduan dengan melantik 30 belia berbilang bangsa sebagai ahli Jawatankuasa Perpaduan MBM.
Bagi meneruskan agenda kemajuan pada tahun 2021, MBM komited merancang serta menggerakkan pelbagai agenda bagi membangunkan belia dalam sektor pendidikan, ekonomi, kepimpinan dan kesukarealaan.Jufitri Bin JohaPresidenMajlis Belia MalaysiaTarikh : 31 Disember 2020
Jufitri Bin JohaPresidenMajlis Belia Malaysia
Tarikh : 31 Disember 2020


