Kuala Lumpur | 11 April – Satu sesi pembentangan telah diadakan oleh wakil Innergia Labs dalam menawarkan sistem pos (SYCARDA) yang dibangunkan sepenuhnya oleh Innergia Labs Sdn Bhd. Sistem titik jualam ini (Point of Sale) menawarkan pakej terbaik kepada usahawan dalam membantu meningkatkan hasil jualan melalui janaan data di dalam sistem ini. Sesi diadakan di Wisma MBM.
Usahawan boleh mendapat maklumat secara terperinci yang mungkin mengenai jualan mereka di samping dapat memantau outlet atau cawangan yang lain hanya di hujung jari walaupun tidak berada di cawangan tersebut. Sistem ini juga turut membantu para usahawan mengenal pasti sebarang penyelewengan para pekerja dalam transaksi pembelian dan pembayaran di samping para usahawan informasi berapa jumlah cukai yang perlu dibayar tanpa memerlukan melalui proses pengiraan yabg sukar.
Hadir dalam sesi pembentangan ini, Datuk Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustriam, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) dan Setiausaha biro, Puan Nurliana Muhammad yang hadir secara dalam talian. Datuk Pengerusi amat berpuas hati dengan prestasi sistem ini dan membuat ketetapan untuk mengadakan kerjasama yang mana pihak MFREN akan membantu promosikan penggunaan Sistem POS ini kepada para usahawan.



