MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2024-2026 Telah Selesai dijalankan

Kuala Lumpur | 11 Januari -Telah selesai Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-73 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM, kepimpinan MBM sesi 2022-2024, Dewan Tertinggi dan para perwakilan.

Hadir dalam mesyuarat tersebut, Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Turut sesi pengundiaan dan pengumuman Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2024-2026 oleh Jawatankuasa Kecil Pilihan Raya MPAT kali ke-73 yang dipengerusikan oleh Sdr. Amir Murshidi ; Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah.

Seramai 396 orang perwakilan yang telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan bagi kepimpinan baharu kali ini.

MBM merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan baharu dan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan kepimpinan MBM sesi 2022 -2024 serta seluruh perwakilan yang hadir .

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »