PEKAN 20 Jun – Pemantau Pilihan Raya Kecil DUN 23 Chini Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM telah mula menjalankan tugas mereka bersama team Majlis Belia Negeri Pahang.
Proses pencalonan berjalan baik menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara parti Barisan Nasional (BN) dan dua parti Bebas.
Sudah menjadi tanggungjawab MBM semenjak dahulu menyertai pasukan pemerhati pilihan raya dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) bagi memastikan system demokrasi terus subur.