KELANA JAYA 18 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Ashraf Mahat, Pengerusi Koperasi Usahawan MYOKU Selangor Berhad telah hadir ke Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan di Kelana Jaya bagi membentangkan unjuran kewangan bagi pelaksanaan projek tanaman Shorgum di Bukit Tasek Serendah dan ternakan kambing dan ayam kampung kacuk di Kampung Gesir Tengah di samping itu juga mewujudkan kawasan zoo mini sebagai nilai tambah segmen pengisian di kawasan Bukit Tasek Serendah.
YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom , Pengerusi YBK dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK secara dasarnya bersetuju atas cadangan yang dibentangkan. Satu majlis sesi tandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Belia Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Koperasi Usahawan MYOKU Selangor Berhad.
MBM amat berterima kasih kepada Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK yang telah menjadi individu penting sebagai pemudah cara dalam cadagan pelaksanaan pertanian ini.
Semoga melalui pelaksanaan projek pertanian, penternakan dan pelancongan ini memberi impak kepada golongan belia setempat dalam menjana kewangan melalui tawaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan kelak di samping menjadi agenda utama MBM dalam menyokong keselamatan makanan negara.